suria

Jualan tiket perlahan, Rain cemas lihat banyak kerusi kosong menjelang konsert

Rain cemas apabila mengetahui penjualan tiket konsert jelajahnya di AS agak perlahan.

PENYANYI Rain cemas apabila melihat banyak kerusi kosong menjelang konsert jelajahnya di Amerika Syarikat (AS).

Menerusi satu temu bual yang dimuat naik di saluran YouTube Season B Season, Rain mendedahkan dia berasa tidak tenang ketika membuat persiapan untuk jelajah AS yang berlangsung pada bulan lalu. 

Menurut Rain, dia sanggup membuat semakan sendiri di laman jualan tiket bagi memantau perkembangan penjualan tiket konsertnya.

“Saya sangat cemas semasa membuat persiapan untuk jelajah di Amerika Syarikat. Apabila membuat persembahan di sana, jualan tiket perlu mencapai tahap tertentu barulah konsert seterusnya boleh diteruskan. 

Rain menghiburkan ribuan peminat di New York, AS.

“Saya diam-diam masuk ke laman jualan tiket seorang diri dan melihat banyak kerusi berwarna biru. Kerusi yang terjual akan dipaparkan dalam warna kelabu. 

"Saya tertanya-tanya, patutkah saya teruskan konsert ini?  Jualan tiket bermula jauh lebih perlahan daripada jangkaan saya," katanya. 

Bagaimanapun, kebimbangan tersebut tidak bertahan lama apabila konsert tersebut dipenuhi dengan peminat.

Tersentuh dengan kehadiran penonton yang memenuhi dewan, penyanyi lagu I'm Coming itu meluahkan rasa terharu dengan sambutan diterima. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa tercabar dengan pendatang baharu lebih berbakat, Rain terfikir mahu bersara

ARTIKEL BERKAITAN: Bersenam dua kali sehari, Rain terkejut laporan perubatan tunjuk dia pra obesiti

"Saya tidak tahu perkara ini. Di AS rupa-rupanya jualan tiket biasanya meningkat mendadak pada minggu terakhir. 

“Ketika saya masih muda dan sering membuat persembahan, saya anggap dewan penuh itu sesuatu yang biasa.

“Namun apabila sedar bahawa orang benar-benar datang untuk melihat saya, ia sangat menyentuh perasaan," katanya. 

Untuk info, Rain mengadakan konsert jelajah 2025 THE RAIN TOUR [Still Raining: Encore] di Amerika Syarikat termasuk New York, Los Angeles dan Atlanta pada November lalu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain