PENYANYI Indonesia, Virgoun meluahkan rasa kesal apabila kisah silamnya terus menjadi sebutan selepas kontroversi melibatkan bekas isterinya iaitu Inara Rusli hangat diperkatakan.
Mengakui kesilapan yang pernah dilakukan ketika mereka masih berstatus suami isteri, Virgoun, 39, bagaimanapun berpendapat ia bukan alasan untuk terus menuding jari ke arahnya.
"Betul, dahulu saya memang salah. Sampai saat ini saya masih menyesal dengan semua itu.
"Tolong guna akal dan hati juga. Apabila seorang manusia dewasa, ibu, wanita matang dan seorang yang faham ilmu agama diuji dengan pilihan dan langkahnya.

Virgoun tak mahu dikaitkan dengan Inara.
"Kenapa tiba-tiba saya yang dipersalahkan dan dosa lama diungkit lagi?" ujarnya dalam satu hantaran di laman Instagram.
Dia juga bimbang jika masalah sama akan berlaku lagi di masa akan datang dan namanya masih menjadi sebutan ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Virgoun ‘naik hantu’, dakwa Inara Rusli tamak mahu ambil semua harta
ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang anak jadi mangsa buli isu skandal Inara, Virgoun rancang rebut hak penjagaan
Virgoun dalam masa sama meminta kerjasama orang ramai untuk mengelak berlaku perkara sebegini selain menegaskan dia tidak akan kembali rujuk dengan Inara.
"Macam mana caranya untuk tidak ambil peduli masalah orang yang sampai mati adalah ibu kepada anak-anakku.
"Beritahu apa sahaja... apa-apa pun kecuali rujuk," jelasnya.
Virgoun dan Inara sah bercerai pada November 2023 selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Virgoun kini memberi fokus untuk membesarkan anak-anak.
Ketika kisah mereka menjadi bualan, Virgoun secara terbuka mengakui kesilapan pernah menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sementara itu Inara pula kembali menjadi perhatian susulan kontroveri dia bersama lelaki bernama Insanul Fahmi yang juga berstatus suami orang.
Insanul bagaimanapun mendedahkan dia sudah sah bergelar suami kepada Inara pada Ogos lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


