suria

Ammar Zoni berani persoal tindakan saksi di mahkamah, nafi edar dadah dalam penjara

Ammar tampil membela diri menafikan dia melakukan jenayah dalam penjara.

PELAKON Ammar Zoni menafikan dirinya terlibat dalam jenayah mengedar dadah ketika masih berada di Pusat Tahanan Kelas 1 Jakarta Pusat, Indonesia. 

Tampil membela diri ketika persidangan mahkamah pada Khamis, Ammar mempersoalkan tugas pegawai penjara yang menemukan bahan bukti ketika dia ditahan. 

Malah dia turut meragui keterangan beberapa saksi tentang kejadian hari dia ditahan sebelum didakwa atas kesalahan tersebut. 

Ammar tegas pertahankan dia tidak bersalah.

"Salah semuanya. Ketika pengeledahan dan saat barang bukti ditemukan saya tidak berada di dalam sel. Saya sudah dibawa ke depan. 

"Itu perkara-perkara penting yang dilupakan. Itu yang menjadikan kenyataan saksi lucu," ujarnya ketika membalas keterangan salah seorang saksi. 

Pelakon ini juga menegaskan segala dadah yang ditemui adalah bukan miliknya dan dia tidak melakukan sebarang kesalahan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Empat kali kena tahan, pelakon lelaki tak pernah serik... Berani edar dadah dalam penjara 

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Zoni dipindahkan ke penjara Nusakambangan, Ustaz Derry mohon bantuan Hotman Paris

"Yang paling penting, itu bukan barang saya," katanya. 

Ammar sebelum ini ditahan atas tuduhan mengedarkan dadah jenis syabu kepada bantuan lain. 

Ketika itu dia masih menjalani hukuman penjara susulan kesalahan sama yang dilakukan pada Disember 2023. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain