suria

Jual tanah anggur mewah tanpa persetujuan Brad Pitt, mahkamah minta Angelina Jolie dedah mesej perbualan

Brad puas hati dengan keputusan mahkmah.

PELAKON Hollywood, Brad Pitt menarik nafas lega apabila saman yang dibuat terhadap bekas isteri, Angelina Jolie berkenaan penjualan aset iaitu ladang anggur mewah di Perancis memihak kepadanya.

Terbaharu, mahkamah memerintahkan agar Angelina, 50, mendedahkan mesej peribadi serta emel sulit yang dipercayai berkaitan dengan penjualan ladang berkenaan yang dibuat tanpa persetujuan bekas suaminya.

Brad, 60, mendakwa Angelina secara terburu-buru menjual ladang berkenaan kepada pihak luar sekali gus melanggar perjanjian bersama.

Brad dan Angelina membeli ladang bersama pada 2008.

Malah Brad juga mendakwa kandungan mesej tersebut menjadi bukti niat tersembunyi dalam tindakan yang dilakukan Angelina.

"Kami hanya mahu memastikan perjanjian bersama dihormati dan segala tindakan dibuat secara telus," luahnya.

Difahamkan Angelina diberi tempoh selama 50 hari untuk menyerahkan dokumen tersebut.

Bagaimanapun, Angelina tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan merancang melakukan rayuan selepas pasukannya mendakwa ia melanggar hak privasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Brad Pitt saman Angelina Jolie RM146 juta, dakwa bekas isteri langgar perjanjian

ARTIKEL BERKAITAN: Brad Pitt mula menyesal, masih sayang Angelina Jolie... Cerai jejaskan hubungan dengan anak-anak

“Arahan mahkamah ini jelas mengganggu privasi klien kami dan merupakan usaha pihak lain untuk menekannya,” kata peguam Angelina.

Terdahulu Pitt dilapor mengemukakan tuntutan saman terhadap Angelina sebanyak AS$35 juta (RM146 juta).

Untuk rekod, Brad dan Angelina membeli ladang Château Miraval pada 2008 ketika masih bergelar suami isteri dan merancang untuk menjalankan perniagaan keluarga.

Bagaimanapun pasangan berkenaan berpisah pada 2019 dan Angelina dipercayai menjual ladang berkenaan pada 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain