suria

Sedekad bercinta, Kim Woo Bin dan Shin Min Ah berkahwin

Foto yang dimuat naik di hari perkahwinan Woo Bin dan Min Ah.

PASANGAN pelakon Korea Selatan, Kim Woo Bin dan Shin Min Ah selamat melangsungkan perkahwinan pada Sabtu. 

Berita gembira itu dimaklumkan menerusi laman sosial rasmi syarikat pengurusan mereka, AM Entertainment, yang turut berkongsi gambar pra-perkahwinan pasangan itu.

“Hari ini, pelakon Shin Min Ah dan Kim Woo Bin secara rasmi berkahwin.

Peminat tumpang gembira melihat kebahagiaan Woo Bin dan Min Ah. 

“Kami amat berterima kasih atas ucapan tahniah serta sokongan tidak berbelah bahagi yang telah anda berikan kepada pasangan ini ketika mereka memulakan perjalanan baharu penuh bermakna ini,” tulis kapsyen pada hantaran berkenaan.

Difahamkan, majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung di sebuah hotel di Seoul, Korea Selatan dan diadakan secara tertutup.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun setia bersama, Shin Min Ah dan Kim Woo Bin kahwin Disember ini 

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 10 tahun bercinta tapi Kim Woo Bin dan Shin Min Ah belum ada perancangan kahwin

Dalam hantaran sama, pihak pengurusan turut menyampaikan penghargaan daripada kedua-dua pelakon itu buat peminat yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya mereka.

“Mereka mahu membalas kasih sayang anda dengan terus memberikan persembahan terbaik di layar perak pada masa akan datang,” jelasnya.

Terdahulu pasangan itu mengumumkan khabar gembira perkahwinan mereka pada November lalu selepas 10 tahun bercinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain