KISAH keluarga Beckham kembali hangat diperkatakan selepas pasangan selebriti, David dan Victoria dilihat 'unfollow' anak sulung mereka, Brooklyn Beckham di Instagram.
Brooklyn dan isterinya, Nicola Peltz, juga tidak lagi mengikuti akaun ibu bapa mereka, malah Brooklyn turut unfollow adik-adiknya, Romeo dan Cruz.
Tindakan saling unfollow ini dipercayai mencerminkan ketegangan yang berlaku dalam keluarga itu.

David dan Victoria belum membuat sebarang kenyataan mengenai isu unfollow anak sulung di Instagram.
Sumber mendakwa permusuhan ini bermula daripada perkahwinan Brooklyn dan Nicola pada 2022, ketika Nicola enggan memakai gaun pengantin rekaan Victoria.
Masalah sebenar bagaimanapun lebih daripada isu itu, termasuk kerap tidak hadir pada majlis penting keluarga.
Antaranya adalah Brooklyn dan Nicola dilaporkan tidak menghadiri sambutan ulang tahun ke-50 David.
ARTIKEL BERKAITAN: David Beckham tamatkan isu keluarga, panggil anak duduk berbincang empat mata
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dituduh tak sebulu, ucapan hari jadi Victoria Beckham buat menantu menyentuh hati
Dalam masa sama, Cruz ada membuat kenyataan di media sosial seolah-olah wujud tekanan dalam keluarga Beckham.
Brooklyn kini lebih banyak menghabiskan masa bercuti bersama keluarga Nicola di Amerika Utara, berbanding bersama ibu bapa di UK.
Sehingga kini, tiada ahli keluarga yang membuat kenyataan rasmi mengenai perselisihan itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


