suria

David Beckham tamatkan isu keluarga, panggil anak duduk berbincang empat mata

Beckham (kiri) mahu menyelesaikan kemelut keluarga mereka secara baik.

KEMELUT keluarga melibatkan penyanyi Victoria Beckham dan menantunya, Nivola Peltz bagaikan tiada kesudahan sehingga menjadi bualan ramai. 

Ketiadaan Nicola dan suaminya, Brooklyn Beckham ketika majlis keluarga juga menguatkan lagi dakwaan berlaku persengketaan antara mereka. 

Enggan isu ini berpanjangan suami kepada Victoria iaitu David Beckham sendiri sedang berusaha mengatur pertemuan empat mata bagi berbincang masalah yang berlaku. 

Beckham (kiri) dan Victoria (kanan) tidak mahu memanjangkan lagi isu keluarga.

"Brooklyn telah menyakiti hati mereka. Mereka sakit hati kerana aib mereka telah disebarkan tetapi David tidak akan membiarkan perkara ini terus berlarutan. 

"Mereka ingin memperbaiki keretakan hubungan itu. David sudah menghubungi dan akan bertemu dengan Brooklyn jika perlu," kata sumber seperti yang dipetik dari Hello Magazine. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dituduh tak sebulu, ucapan hari jadi Victoria Beckham buat menantu menyentuh hati

ARTIKEL BERKAITAN: Pengawal peribadi Victoria dan David Beckham ditemukan mati di Sepanyol

Perselisihan ini dikatakan sudah berlaku sejak awal Nicola menjadi menantu keluarga Beckham. 

Victoria dan Nicola dikatakan jarang dilihat berkomunikasi mahupun meluangkan masa bersama. 

Untuk rekod Nicola dan Brooklyn mendirikan rumah tangga pada 9 April 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain