suria

Keluar kem latihan terus ingat kekasih, Lee Do Hyun jerit nama Lim Ji Yeon

Do Hyun tamat kem tentera selepas 21 bulan.

KEPULANGAN pelakon Lee Do Hyun disambut meriah oleh peminat selepas dia selesai menjalani latihan ketenteraan di Korea Selatan pada Selasa. 

Tampil dengan lengkap berpakaian seragam, kemunculan Do Hyun, 30, mencuri tumpuan ramai ketika dia melambai bertemu peminat. 

Do Hyun luah rasa rindu pada Ji Yeon.

Namun apa yang lebih menarik adalah laungan terima kasih buat kekasihnya iaitu aktres Lin Ji Yeon sebagai tanda penghargaan kerana setia menunggu. 

Mesej ringkas itu cukup bermakna kerana mereka sebelum ini terpisah selaam 21 bulan sepanjang tempoh Do Hyun di kem latihan. 

Untuk rekod, Do Hyun dan Ji Yeon mula mendedahkan kisah percintaan mereka secara terbuka pada April 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Lim Ji Yeon dan Lee Do Hyun temui cinta di lokasi The Glory

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat ucap selamat tinggal... Pelakon ‘The Glory’ Lee Do Hyun masuk tentera

Sementara itu, menurut agensinya Yuehua Entertainment Korea memberitahu Do Hyun akan kembali aktif dalam industri hiburan tidak lama lagi.

Jelas agensi itu, Do Hyun sudah menerima beberapa tawaran untuk berlakon drama dan menjadi duta produk.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain