SEMPENA sambutan Hari Ibu, pelakon Amber Heard turut berkongsi khabar gembira dia kini memiliki tiga orang cahaya mata.
Menyambut kelahiran sepasang bayi kembar, Amber, 39, bagaimanapun tidak berkongsi lanjut secara terperici siapa bapa kepada anaknya itu.
"Hari Ibu 2025 akan menjadi hari yang tidak akan saya lupakan! Hari ini juga secara rasmi saya mengalu-alukan anak kembar ke dalam keluarga Heard," kongsinya.
Amber berkongsi foto tiga kaki anaknya.
Bayi perempuan berkenaan diberi nama Agnes manakala Ocean untuk anak lelakinya.
Amber memaklumkan perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan kaki tiga orang cahaya mata termasuk anak sulungnya Oonagh.
Tambah pelakon ini meskipun mengalami masalah kesuburan, kehadiran tiga orang anak itu menjadi pelengkap dalam hidupnya.
"Menjadi seorang ibu sendiri dan dengan cara saya sendiri walaupun berdepan cabaran kesuburan adalah titik pengalaman paling merendahkan dalam hidup saya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dalam diam-diam, rupanya Amber Heard bakal timang anak kedua
ARTIKEL BERKAITAN: Hasil jual rumah di Amerika RM4.8 juta, Amber Heard pindah ke Sepanyol
"Saya sentiasa bersyukur kerana saya dapat memilih ini dengan penuh tanggungjawab. "Sekarang kegembiraan saya tiga kali ganda!," luahnya.
Pada Disember lalu, sumber terdekat Amber mendedahkan pelakon itu sedang menghitung hari kelahiran cahaya mata keduanya.
Terdahulu, Amber menggunakan kaedah ibu tumpangan bagi mendapatkan anak sulungnya iaitu Oonagh yang kini berusia empat tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!