SUAMI penyanyi Ailee iaitu Choi Si Hun hilang sabar apabila ramai menyebarkan berita palsu dan fitnah kononnya dia seorang 'biawak hidup' dan tidak mempunyai pekerjaan.
Susulan itu, Si Hun, 33, yang juga seorang usahawan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu sehingga mencalarkan imejnya.
Si Hun dan Ailee bahagia sebagai suami isteri.
Firma guaman The Alpha yang mewakili Si Hun, berkata, pihaknya sedang mengumpul bukti sebelum memulakan tindakan saman terhadap pelaku.
“Kami dari firma guaman The Alpha sedang meneliti untuk ambil tindakan undang-undang bagi pihak Si Hun terhadap mereka yang menyebarkan maklumat palsu terhadap pelanggan kami.
"Terdapat banyak maklumat palsu, fitnah berniat jahat dan laporan menghina pelanggan kami dalam portal seperti DC Inside, Daum Cafe, dan Naver serta komuniti dalam talian dan media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tiga rakyat Malaysia mangsa serangan NZ selamat” - Dr Mohamad Firdaus
ARTIKEL BERKAITAN: Ceramah ustaz buat Alif Satar tersentap, Gerakan Subuh Macam Jumaat mahu perbetul diri sendiri... Syukur makin ramai ke masjid
"Kami sedang memantau untuk mengumpul bukti dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti dalang yang menyebarkan berita palsu," katanya.
Sebelum ini, timdul dakwaan mengenai Si Hun yang tidak bekerja dan hanya menumpang kesenangan dan kemewahan Ailee.
Bagaimanapun Ailee, 36, menafikan dakwaan itu dengan menyatakan suaminya seorang yang bertanggungjawab malah Si Hun rajin melakukan pelbagai pekerjaan dalam satu-satu masa.
Si Hun dan Ailee akan ambil tindakan undang-undang pada pemfitnah.
Sementara itu, agensi Ailee iaitu A2Z Entertainment juga mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang cuba menyebarkan berita palsu tentang penyanyi berkenaan selepas ini.
Untuk rekod, Ailee dan Si Hun berkahwin pada 20 April lalu selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!