suria

Ceramah ustaz buat Alif Satar tersentap, Gerakan Subuh Macam Jumaat mahu perbetul diri sendiri... Syukur makin ramai ke masjid

Alif seronok makin ramai hadir ke masjid pada waktu subuh.

TERSENTAP mendengar ceramah seorang ustaz ketika menghadiri kelas agama membuatkan pelakon dan penyanyi Alif Satar tergerak hati mengadakan Geng Subuh Macam Jumaat.

Alif, 33, berkata, kata-kata ustaz berkenaan lebih meninggalkan kesan dalam diri kerana sering mengajak orang ramai bersenam sebelum mengerjakan solat Subuh.

"Gerakan Subuh Macam Jumaat ini juga bermula disebabkan isu melanda Palestin juga. Saya pergi kelas agama kemudian ustaz tanya ada pergi solat Subuh di masjid tak?

Alif 2

Alif tersentap semasa mendengar ceramah agama.

"Sebab takut mengantuk, dengan mengantuk pun takut lagi... Nak sembang lawan zionis.

"Malah ada satu hadis ini kata waktu paling berat adalah Isya dan Subuh. Apabila dengar itu macam terasa.

"Saya sibuk suruh orang bersenam sebelum Subuh... Kenapa tak betulkan diri sendiri dan saya rasa mesej saya pun sudah salah," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendirian tentang Palestin berkaitan akidah dan iman, Alif Satar minta Kaka Azraff tak bimbang jika kontrak ditamatkan

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai ‘braces’ buat Alif Satar jadi lebih kacak, tak tersinggung foto lama diketawakan netizen

Dalam pada itu, Alif berkata, dia pada awalnya tiada niat melakukan gerakan tersebut sebaliknya mahu mengubah diri menjadi lebih baik.

Malah dia juga tak mahu dianggap munafik yang mana hanya menyebarkan tetapi tidak melakukannya.

"Sebab itu saya mulakan semula dan saya tak ada niat nak buat gerakan. Saya buat sebab nak ubah diri saya bukan mahu menjadi munafik.

Alif 3

Antara kenangan Alif bersama jemaah yang menunaikan solat subuh.

"Rasa berdarah telinga bila dengar panggilan munafik itu," ujarnya.

Bagaimanapun, Alif bersyukur apabila semakin ramai orang mula mengikuti jejak langkah untuk ke masjid menunaikan solat Subuh berjemaah.

"Saya buat ini bukan untuk ajak ramai-ramai ke masjid saya tapi di kawasan dan masjid mereka.

"Hampir sebulan saya dapat buat rutin ini dan dapat lihat makin ramai yang ikut, itu yang seronok. Dulu hanya satu saf sekarang dah dua saf. Bila hujung minggu lagi ramai," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain