ISTERI kepada penyanyi Zul Zivilia bersyukur suaminya tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap keluarga walaupun sedang menjalani hukuman penjara disebabkan penyalahgunaan dadah.
Menurut Retno Paradinah, suaminya itu mengambil kesempatan menyanyi di dalam penjara dan menerima upah sebelum memberikan sepenuhnya kepada anak dan isteri.
"Dia suka pergi ke acara dan menyanyi di dalam penjara, diberi upah dan duit itu beri pada anak.
Zul dan Rento mendirikan rumah tangga sejak 2010.
"Di dalam penjara memang ada kemudahan untuk menyanyi, Zul juga sudah keluarkan empat lagu dari situ," katanya memetik laporan Detik Hot.
Bukan itu saja, Zul juga menyerahkan bayaran royalti yang diterima daripada karyanya sebelum ini kepada keluarga sekali gus membantu meringankan bebannya.
"Royalti itu ditunggu setiap tahun, walaupun jumlah tidak sama tetapi ia tetap ditunggu," ujarnya.
Berkongsi lebih lanjut, Retno berkata dia gembira melihat perubahan suaminya yang sebelum ini pernah berputus asa untuk terus menyanyi.
ARTIKEL BERKAITAN: Lagu viral selepas masuk penjara, penyanyi ‘Aishiteru’ terima royalti tinggi
ARTIKEL BERKAITAN: Mula buat persembahan luar penjara, Zul Zivilia minta isteri tebus semula gitar lama
Tambah Rento, suaminya itu terlibat dengan dadah selepas berdepan dengan masalah kewangan sekali gus menghilangkan rasa minat terhadap nyanyian.
"Saya sangat gembira melihat perubahan Zul selepas terlibat kes itu. Dia terdesak! Dia pernah kata tidak mahu menyanyi sehingga terlibat dengan dadah," kongsinya.
Untuk rekod, Zul atau Zulkifli, 44, dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun sejak 2019 atas kesalahan memiliki dadah jenis syabu dan pil ekstasi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!