suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dalam diam-diam, rupanya Amber Heard bakal timang anak kedua

Amber kunci mulut berhubung kehamilan kedua.

TIADA angin tiada ribut, pelakon Amber Heard mengumumkan dirinya sedang hamil anak kedua.

Memetik laporan People, khabar itu dikongsikan rakan terdekat pelakon berkenaan.

Katanya, usia kehamilan masih lagi diperingkat awal.

amber 2

Amber dan anaknya teruja menanti kehadiran keluarga baru.

Dia juga belum bersedia berkongsi lebih lanjut mengenai kehamilan berkenaan.

"Masih agak awal sebenarnya, tapi ketika ini saya tidak mahu menjelaskan secara terperinci pada peringkat ini.

"Khabar ini sudah cukup gembira buat Amber dan Oonagh Paige," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil jual rumah di Amerika RM4.8 juta, Amber Heard pindah ke Sepanyol

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan digelar penipu, Amber Heard akhirnya pindah ke Sepanyol

Bagaimanapun individu berkenaan tidak berkongsi lanjut sama ada Amber mengandung secara semula jadi atau menggunakan ibu tumpangan.

Amber juga dikatakan masih lagi mengunci mulut berhubungan khabar tersebut.

Sebelum ini, Amber menggunakan kaedah ibu tumpangan bagi mendapatkan anak perempuannya Oonagh yang kini berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain