suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dulu bintang terkenal, kini hidup gelandangan

Tylor kini hidup sebagai gelandangan di California.

BEKAS bintang Nickleodeon, Tylor Chase mencuri tumpuan ramai apabila dilaporkan hidup sebagai gelandangan di jalanan California, Amerika Syarikat.

Aksi Tylor dirakam dalam sebuah video menjadi tular di media sosial.

Menerusi klip tersebut, Tylor kelihatan sukar dikenali dengan penampilan lusuh dan tidak terurus, memakai seluar jeans koyak dan baju T berwarna kelabu.

Tylor pernah menjadi pelakon popular kanak-kanak di saluran Nickleodeon.

Video berkenaan mula tular pada September 2025 menerusi platform TikTok.

Dalam hantaran sama, seorang peminat bertanya sama ada Taylor pernah berlakon di Disney Channel.

“Nickelodeon,” jawab Tylor ringkas. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sikit sangat bagi gelandangan sedekah, netizen kecam Selena Gomez kedekut

ARTIKEL BERKAITAN: Empat selebriti Hollywood terkaya yang pernah hidup sebagai gelandangan

Penjelasan itu nyata mengejutkan dan mengundang emosi ramai peminat.

Walaupun kini mendapat perhatian meluas, sehingga akhir 2025, Chase dilaporkan masih hidup di jalanan.

Untuk info, Tylor dikenali ramai melalui wataknya sebagai Martin Qwerly dalam siri popular Ned’s Declassified School Survival Guide.

Difahamkan, Tylor membintangi drama siri Nickelodeon itu dari 2004 hingga 2007.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain