suria

Empat selebriti Hollywood terkaya yang pernah hidup sebagai gelandangan

Kelly Clarkson, Leonardo DiCaprio dan Jennifer Lopez antara selebriti popular yang pernah hidup sebagai gelandangan.

SEBUT sahaja selebriti Hollywood, setiap daripada kita pasti membayangkan mengenai kekayaan dan kehidupan penuh glamor yang dimiliki golongan ini.

Namun, tidak semua mereka datang daripada keluarga yang kaya-raya.

Malah, sebilangan selebriti yang tersenarai dalam A-List di Hollywood ini sebenarnya pernah mengalami kehidupan memeritkan sehingga ada yang bergelar gelandangan.

Empat selebriti Hollywood yang pernah bergelar gelandangan.

1. Leonardo DiCaprio

Leonardo pernah terlibat dengan jenayah sewaktu menjalani kehidupan sebagai gelandangan.

Siapa sahaja yang tidak mengenai aktor tampan ini?

Leonardo DiCaprio menjadi salah seorang pelakon paling digilai di Hollywood terutama selepas memegang watak sebagai Jack Dawson menerusi film berjudul Titanic.

Pemenang anugerah Oscar ini memiliki kekayaan bernilai US$ 200 juta atau RM 800 juta.

Namun tidak ramai yang mengetahui Leonardo DiCaprio sebelum ini sebenarnya pernah membesar di jalanan dan melibatkan diri dengan jenayah.

Dengan bakat terpendam dimilikinya, ditambah dengan raut wajah yang mampu mencairkan hati mana-mana gadis, Leonardo berjaya menghiasi papan-papan iklan utama Los Angeles, California.

Pada tahun 1993, Leonardo DiCaprio mula mendapat tawaran berlakon menerusi sitkom pertama, Growing Pain dan beberapa filem lain.

2. Oprah Winfrey

Oprah pernah menjalani kehidupan yang sangat sukar hingga memaksa dia untuk mengemis.

Oprah Winfrey tidak hanya menjadi gelandangan tetapi juga seorang pengemis.

Pastinya kisah hidup memeritkan itu tak akan pernah dilupakan Oprah Winfrey.

Antaranya, Oprah Winfrey yang pada ketika itu sangat lapar pernah mengemis di hadapan seorang wanita yang baharu turun dari sebuah limosin mewah.

Wanita berkenaan kemudiannya menghulurkan wang yang cukup banyak kepada Oprah selain turut memberikannya makanan.

Momen yang tidak pernah dilupakan Oprah  memberitahu wanita baik hati yang dianggap sebagai malaikat itu sebenarnya adalah Aretha Franklin.

Karier Oprah bermula selepas dia berjaya memenangi uji bakat Baltimore kerana bakatnya sebagai pengacara dan akhirnya menerima pelabagai tawaran selepas itu.

3. Jennifer Lopez

JLo membuat keputusan keluar dari rumah untuk mengejar impian sebagai penari.

Jennifer Lopez berpindah keluar dari rumah ibu bapanya ketika berusia 18 tahun.

Jennifer atau JLo membuat keputusan itu apabila dia nekad untuk meneruskan minatnya seagai penari namun dihalang ibunya yang menginginkan dia untuk melanjutkan pelajaran.

Disebebkan itu, penyanyi jelita ini terpaksa menumpang di sebuah studio tarian dan terpaksa tidur di atas sofa.

Kehidupannya mula berubah selepas penyanyi itu menerima tawaran untuk menari dia Eropah.

4. Kelly Clarkson

Kebakaran yang memusnahkan tempat tinggal Kelly memaksa dia menjalani kehidupan sebagai gelandangan.

Sebelum bergelar penyanyi, Kelly Clarkson pernah mencuba nasib menjadi penyanyi di Los Angeles.

Namun, insiden malang yang menimpa di mana rumah tempat dia berteduh musnah akibat kebakaran sekali gus mengakibatkan dirinya hidup sebagai gelandangan.

Dia yang kembali membina kehidupan di kampung halamannya di Texas dan menghadiri uji bakat program realiti American Idol dan menjadi juara pertama program itu berjaya mengubah kehidpannya sehingga kini.

Artikel Lain