suria

Lisa dan Jennie fasih berbahasa Inggeris antara fakta menarik mengenai Blackpink!

Blackpink grup wanita K-Pop paling popular.

BLACKPINK antara kumpulan K-Pop yang boleh dikatakan paling popular dan menjadi perhatian dalam kalangan generasi muda sekarang.

Dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose, kumpulan ini membuat kemunculan pertama pada 8 Ogos 2016 menerusi album single mereka iaitu Square One yang dilancarkan YG Entertainement.

Berikut adalah fakta tentang kumpulan Blackpink yang perlu anda tahu jika ingin menjadi peminatnya Blink!

Rose dan Lisa.

1. Dua anggota Blackpink bukan berasal dari Korea Selatan

Dua antara ahli Blackpink ini bukan berasal adri Korea Selatan. Rose dilahirkan di New Zealand dan dibesarkan di Australia manakala Lisa pula berasal dari Thailand.

2. Fasih berbahasa Inggeris

Jennie dan Lisa antara ahli yang fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Jennie pernah bersekolah di New Zealand selama lima tahun.

Ayah kepada Lisa yang juga berasal daripada Switzerland menjadikan dia mudah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Jennie dan Lisa.

3. Sesi latihan yang lama

Untuk menjadi idola K-Pop memerlukan waktu latihan sebelum debut dan anggota Blackpink ini menjalani sesi latihan selama empat hingga enam tahun.

Jennie anggota paling lama yang menjalani idol latihan dan diikuti pula Lisa, Jisoo dan Rose.

Mereka dilatih secara vokal, menari, berlakon dan gaya persembahan hingga menjadikan penampilan mereka boleh dikatakan sudah sempurna.

4. Rancangan realiti


Rancangan realiti Blackpink.

Blackpink House merupakan rancangan realiti mereka yang mempunyai 12 episod pada tahun lalu dengan menampilkan percutian mereka di rumah Pink Princess sempena sambutan ulang tahun Blackpink.

5. Satu-satunya grup wanita dari YG Entertaiment

Syarikat YG Entertaiment antara agensi K-Pop terbesar di Korea Selatan dan ramai selebriti popular dilahirkam agensi tersebut. 

Antaranya 2NE1 yang memulakan debut mereka di bawah agensi itu pada 2009 namun dibubarkan pada 2016.

Kemunculan Blackpink pada Ogos 2016 menjadikan mereka satu-satunya selebriti grup wanita di bawah pengurusan YG Entertainment.

Blackpink

Artikel Lain