suria

Doja Cat buat hal lagi! Biji mata hampir terkeluar gara-gara telan mikrofon semasa persembahan

Aski Doja yang aneh berjaya hiburkan penonton.

GELAGAT penyanyi rap terkenal, Doja Cat menjadi tumpuan ramai selepas dilihat menelan mikrofon semasa persembahan di konsert Ma Vie World Tour yang berlangsung di Korea Selatan.

Menerusi rakaman yang tular, penyanyi berusia 30 tahun itu dilihat memasukkan sebahagian mikrofon ke dalam mulutnya.

Video berdurasi 12 saat itu mengejutkan penonton apabila biji matanya seakan-akan mahu terkeluar namun tetap membuat ramai geli hati dan terhibur.

Peminat terhibur dengan persemabahan Doja Cat.

Malah, mereka turut memuji Doja kerana sering melakukan gelagat unik untuk tarik perhatian peminat sepanjang jelajah konsertnya.

Bagaimanapun, segilintir peminat mendakwa penyanyi itu mungkin berada di bawah pengaruh bahan terlarang, namun tiada kepastian mengenainya.

"Mungkin dia sedang ambil sesuatu, tapi dia juga perlukan terapi untuk masalah mentalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah tak rupa manusia! Netizen meremang lihat Doja Cat dilitupi 30,000 kristal Swarovski

ARTIKEL BERKAITAN: Jahat mulut netizen, samakan rambut asli Doja Cat macam bulu kambing biri-biri

"Dia tak takut tersangkut ke? Dia memang suka perhatian," antara komen netizen.

Rakaman itu kini tersebar luas di TikTok, Instagram, dan Facebook hingga menarik ribuan komen lucu selain ada yang meniru gelagat Doja itu.

Ini bukan kali pertama penyanyi itu melakukan aksi yang pelik semasa membuat persembahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain