PENYANYI dangdut, Via Vallen, berkongsi pengalaman hidup susah ketika zaman kanak-kanak sehingga dia terpaksa berkongsi makanan dengan ahli keluarga yang lain.
Menurut Via, 34, mereka perlu berjimat cermat bagi memastikan bekalan makanan mencukupi sebagai cara meneruskan kelangsungan hidup.
Lebih menyedihkan, dia pernah berkongsi sebungkus mi segera bersama adik-beradik selain makan nasi putih tanpa sebarang lauk.

Perkongsian Via menerusi hantaran di Instastory miliknya.
“Saya dan keluarga pernah berkongsi sebungkus mi segera untuk empat orang.
“Kami sekeluarga selalu makan nasi putih dengan garam dan air panas tanpa lauk apa pun, malah keropok juga tiada,” katanya.
Perkara itu dikongsikan Via menerusi hantaran InstaStory miliknya pada Ahad.
Via turut mengimbau pengorbanan arwah bapanya yang sanggup berlapar demi memastikan anak-anaknya dapat makan secukupnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Allan Andersn pernah tinggal 40 sen dalam bank, dua minggu makan mi segera... "Saya bukan jenis suka menjual cerita sedih"
ARTIKEL BERKAITAN: Farel Prayoga sudah mula kerja sejak usia 8 tahun, jawab dakwaan dipaksa keluarga cari nafkah
Biarpun begitu, baginya ia merupakan pengalaman yang cukup bermakna dan dia tidak pernah menganggap sebagai satu kekurangan dalam hidup.
“Paling saya ingat, dulu papa pernah balik membawa sebungkus nasi goreng dan kami makan berlima, tetapi papa tidak ikut makan.
“Tidak pernah ada rungutan keluar daripada mulut kecil saya. Ajaibnya, semuanya terasa cukup,” luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


