suria

Heidi Klum buat hal lagi, tak pakai coli ketika mandi pantai

Heidi dilihat sangat nikmati percutian bersama suami.

MODEL Heidi Klum sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil berani dengan tidak memakai coli ketika bercuti di St. Barts, Caribbean baru-baru ini.

Memetik laporan The Sun, Heidi dipercayai sedang menikmati percutian bersama suaminya, Tom Kaulitz, 36.

Menerusi foto yang tular, Heidi dilihat hanya mengenakan seluar bikini jenis thong ketika berenang dan bersantai di pantai itu.

Antara foto Heidi yang tular semasa bercuti.

Penampilannya dilengkapkan dengan topi besbol putih, cermin mata hitam bersaiz besar serta rambut perang yang dibiarkan basah.

Percutian kali ini turut disertai rakan baik Heidi yang juga jurugambar fesyen terkenal, Antoine Verglas. 

Difahamkan, mereka berangkat ke St. Barts beberapa minggu selepas Heidi menghadiri acara World Cup 2026 Draw di Washington, D.C., sebagai penyampai.

ARTIKEL BERKAITAN: Heidi Klum buat hal lagi! Tahun ini tampil sebagai cacing gergasi sempena Halloween

ARTIKEL BERKAITAN: Heidi Klum Semakin Intim Dengan Pengawal Peribadi

Untuk rekod, Heidi sememangnya dikenali sebagai selebriti yang tidak pernah segan mempamerkan tubuh badannya di khalayak ramai.

Awal bulan ini, dia turut berkongsi foto dirinya berjemur tanpa mengenakan coli di tepi kolam.

Tindakannya itu sekali lagi mengundang pelbagai reaksi peminat, namun Heidi kekal yakin dan selesa meskipun usianya kini sudah mencecah 52 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain