suria

Kumail Nanjiani gelar Shah Rukh Khan ‘Tuhan’, lebih hebat daripada Tom Cruise

Kumail Nanjiani menyifatkan Shah Rukh Khan sebagai figura luar biasa.

PELAKON dan pelawak terkenal Hollywood, Kumail Nanjiani menyifatkan Shah Rukh Khan sebagai figura luar biasa yang tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana bintang filem Hollywood termasuk Tom Cruise.

Pandangan itu dikongsikan Kumail ketika muncul dalam satu temu bual santai bersama rakan pelawak, Hasan Minhaj  sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan peminat filem antarabangsa.

Dalam temu bual berkenaan, Kumail diajukan soalan popular peminat iaitu antara Shah Rukh Khan dan Tom Cruise siapa bintang filem yang lebih berpengaruh.

“Shah Rukh Khan adalah Tuhan, dia bukan sekadar bintang filem,” katanya ringkas.

Ramai netizen yang berdebat mengenai kehabatan dua pelakon ini.

Menurut Kumail, perbandingan antara kedua-duanya ibarat membandingkan dua perkara yang berbeza sama sekali. 

Katanya, kehebatan Shah Rukh Khan bukan sahaja terletak pada statusnya sebagai bintang filem terbesar dunia, malah penguasaannya terhadap bahasa Urdu serta kerendahan diri yang jarang dimiliki figura bertaraf legenda.

“Saya banyak menonton temu bual Shah Rukh Khan. Tom Cruise tampil dengan aura bintang filem klasik, manakala Shah Rukh Khan pula sentiasa merendah diri dan berkata dia bukan siapa-siapa. 

Hakikatnya dia sangat yakin dengan kedudukannya sehingga tidak perlu menunjuk-nunjuk,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hisap 100 batang rokok sehari, Shah Rukh Khan insaf selepas alami sesak nafas

ARTIKEL BERKAITAN: Gerak-geri sentiasa dipantau, Tom Cruise panas buntut lihat populariti Pedro Pascal makin melonjak

Kumail turut menekankan keunikan personaliti Shah Rukh Khan yang disifatkan berbeza dengan kebanyakan selebriti Hollywood.

Selain itu, perbualan mereka turut menyentuh keberanian Shah Rukh Khan dalam memilih watak. 

Walaupun bergelar hero utama Bollywood, aktor berkenaan tidak pernah takut untuk membawakan peranan antagonis atau watak kompleks. 

“Dia seorang pelakon yang sangat versatil. Antara hero terawal yang berani membawakan watak jahat dan berat. 

Ada yang menganggap Shah Rukh Khan seperti raja atau dewa.

“Filem seperti Darr dan Baazigar memperlihatkan sisi gelap yang menarik,” kata Kumail.

Dalam masa sama, Kumail yang berasal dari Pakistan turut menjelaskan perbezaan budaya perfileman antara India dan Amerika Syarikat. 

Menurutnya, filem di India bukan sekadar hiburan, sebaliknya sebahagian daripada kehidupan dan budaya masyarakat.

“Apa yang orang Amerika tidak faham adalah makna filem kepada masyarakat India. Di sana, bintang filem dianggap seperti raja dan dewa. Menonton filem boleh mengambil masa lima jam. Tahap penghormatan terhadap filem di India tidak pernah wujud di Amerika,” katanya.

Tambah Kumail, filem Bollywood lazimnya bersifat menyeluruh dengan gabungan aksi, drama, komedi, romantik dan lagu dalam satu naskhah, sekali gus menjadikannya pengalaman hiburan lengkap buat penonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain