suria

Gerak-geri sentiasa dipantau, Tom Cruise panas buntut lihat populariti Pedro Pascal makin melonjak

Tom Cruise cemburu dengan Pedro, nama kurang menyerlah.

PELAKON Hollywood, Tom Cruise didakwa cemburu melihat populariti aktor Pedro Pascal yang semakin meningkat berbanding dirinya.

Ini kerana nama Tom kurang disebut-sebut dalam kalangan pembikin filem di Hollywood. 

Menurut sumber, ada yang mendakwa bintang Top Gun itu cemburu melihat kejayaan Pascal yang dikatakan mampu menggugat kedudukannya selepas puluhan tahun membina nama dalam industri seni.

Tom Cruise risau lihat populariti Pedro semakin memuncak berbanding dirinya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, pelakon itu didakwa tidak senang duduk apabila agensinya, Creative Artists Agency (CAA) turut mengambil Pascal sebagai ahli baru mereka.

“Tom selama ini dianggap aktor utama di agensi tersebut. 

"Kini dia berasa perhatian yang sebelum ini tertumpu kepadanya sudah mula beralih kepada Pedro dan itu sangat mengganggunya,” kata sumber. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sofyank cipta sejarah baharu, kali ini kolaborasi bersama Tom Cruise

ARTIKEL BERKAITAN: Tom Cruise hubungi Jin BTS, mahu tampil jadi tetamu program ‘Run Jin’

Malah ada pihak mendakwa Cruise turut memantau setiap gerak-geri Pascal dan menganggap populariti pelakon itu sebagai ancaman besar terhadap karier lakonannya.

Dalam pada itu, berita yang tersebar ketika ini dikatakan tidak meninggalkan kesan buat Pascal kerana dia enggan mengambil pusing mengenai isu persaingan tersebut. 

“Pedro tidak sedar pun Tom memerhatikan setiap langkahnya, dia bukan jenis yang terlalu mengejar pengiktirafan,” jelas sumber 

Artikel Lain