PENYANYI Cardi B menafikan dakwaan melakukan perbuatan meludah dan mencakar seorang pengawal keselamatan wanita, Emani Ellis yang menfailkan saman terhadapnya pada 2018.
Dalam keterangan di mahkamah Los Angeles, Cardi B atau nama sebenarnya Belcalis Marlenis Almanzar berkata, dia tidak pernah menyentuh Ellis dan pertengkaran mereka hanya melibatkan lisan sahaja.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di luar klinik pakar obstetrik ketika penyanyi itu sedang hamil anak sulungnya.

Kejadian berlaku ketika Cardi B hamil anak sulung.
Kongsi Cardi B, dia menyangka Ellis mahu menyerangnya ketika kedua-dua mereka hampir bertembung namun tiada sebarang kekerasan fizikal berlaku.
Ellis sebelum ini memberi keterangan bahawa dia berasa trauma dan mengalami kecederaan muka yang memerlukan pembedahan kosmetik akibat insiden tersebut.
Dia menuntut pampasan termasuk kos perubatan, ganti rugi penderitaan emosi dan fizikal serta kehilangan pendapatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B mengamuk dituduh putihkan kulit ketika hamil, masalah anemia punca jadi pucat
ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B belanja RM13 juta setiap bulan, tolak dakwaan berdepan masalah kewangan
Pun begitu, jumlah tuntutan tidak dinyatakan secara terperinci dalam saman berkenaan.
Bagaimanapun, saksi daripada klinik berkenaan, Tierra Malcolm turut memberi keterangan menyokong kenyataan Cardi B dan berkata tiada sebarang pergaduhan fizikal berlaku ketika dia meleraikan kedua-dua wanita tersebut.
Untuk rekod, pada Februari 2018, satu pertengkaran berlaku di klinik pakar obstetrik di Los Angeles, Amerika Syarikat apabila seorang pengawal keselamatan didakwa mengekori Cardi B hingga ke tingkat lima.

Cardi B tidak pernah menyentuh Ellis dan pertengkaran mereka hanya melibatkan lisan sahaja.
Pengawal itu merakam penyanyi rap berkenaan secara diam-diam menggunakan telefon bimbitkan dan tindakan itu mencetuskan rasa kurang senang Cardi B.
Pertengkaran mulut antara mereka tercetus dan menjadi semakin tegang, namun menurut Cardi B, ia tidak pernah bertukar menjadi pergelutan fizikal.
Ellis bagaimanapun mendakwa dia dicakar hingga meninggalkan parut pada muka dan mengalami trauma akibat kejadian itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


