suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cardi B mengamuk dituduh putihkan kulit ketika hamil, masalah anemia punca jadi pucat

Cardi B berang apabila dituduh memutihkan kulit.

PENYANYI rap Cardi B mengamuk selepas seorang pelayar X menuduhnya melakukan rawatan memutihkan kulit ketika sedang hamil.

Cardi atau Belcalis Merlenis Cephus, 31, meminta individu tersebut agar menggunakan akal fikiran sebelum memuat naik sebarang tuduhan yang tidak berasas.

CARDI 2

Ciapan Cardi B di halaman X.

Menyangkal melakukan sebarang rawatan seperti didakwa, Cardi sebaliknya menjelaskan kulitnya bertukar pucat selain banyak urat timbul disebabkan masalah anemia dihidapinya.

"Buat rawatan putihkan kulit semasa mengandung? Kenapa awak sangat bodoh? Saya tidak buat perkara itu.

"Saya ada anemia. Bayi ini telah menyebabkan saya menjadi pucat, mata hitam dan juga urat hijau keluar. Tolong henti fikir seperti itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sehari selepas fail cerai terhadap Offset, Cardi B umum hamil anak ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B cuba jadi hero, bertengkar dengan wanita sepak kereta orang awam

Untuk rekod, Cardi sebelum ini mempunyai dua cahaya mata iaitu Kulture Kiara, 6 dan Wave Set, 3 tahun hasil hubungan bersama penyanyi rap, Offset.

Bagaimanapun, hubungan tersebut tidak kekal lama apabila Cardi mengumumkan dia sudah menfailkan cerai terhadap Offset pada 1 Ogos lepas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain