PELAKON Korea Selatan, Song Da Eun, sekali lagi mencuri perhatian selepas spekulasi percintaan bersama ahli kumpulan BTS, Jimin kembali hangat diperkatakan.
Perkara ini timbul selepas Da Eun berkongsi sebuah video yang tular dalam komuniti dalam talian sejak 2 Ogos lalu.
Menerusi video tersebut, Da Eun dilihat menunggu di luar lif sebuah blok pangsapuri sebelum Jimin muncul secara tiba-tiba dan menyapa dengan nada terkejut.

Gosip cinta Da Eun dan Jimin kembali hangat diperkatakan.
Bagaimanapun, video yang tular itu telah dipadamkan tidak lama kemudian.
Spekulasi hubungan antara mereka mula tersebar sejak 2022 apabila Da Eun memuat naik gambar dari sebuah hotel di daerah Jamsil, Korea Selatan dan pada hari yang sama BTS mengadakan konsert di sana.
Kemudian pada Jun lalu, dalam satu siaran langsung, Da Eun secara tidak sengaja mengesahkan dia sedang mengenali seorang lelaki 'idol', yang dipercayai Jimin berdasarkan cerita sebelum ini.
Sejak dakwaan ini timbul, Da Eun menghadapi tekanan besar daripada komen negatif dan serangan siber.
ARTIKEL BERKAITAN: Dituntut perjelas hubungan sebenar dengan Jimin, Song Da Eun diugut peminat BTS
ARTIKEL BERKAITAN: Jimin (BTS) ‘naik pangkat’ sebagai tentera elit, tunjuk dedikasi sepanjang berada dalam kem latihan
Susulan itu juga dia mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang meninggalkan dengan niat jahat terhadap dirinya.
Malah pelakon itu merayu agar gangguan terhadapnya dihentikan kerana peminat teman lelakinya menuduhnya secara tidak adil.
Dia juga memberi amaran akan mengambil tindakan tegas di muka pengadilan terhadap mana-mana pihak yang terus menyebar berita tidak benar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


