PELAKON John Alford dihadapkan ke Mahkamah Tinggi St Albans, England pada Isnin atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap dua gadis remaja ketika menghadiri sebuah parti pada 2022.
Dalam prosiding tersebut, sebanyak enam pertuduhan dibacakan terhadap Alford, 53, yang didakwa memaksa dua remaja berusia 14 dan 15 tahun untuk melakukan hubungan seks dengannya.
Menurut laporan, kejadian itu berlaku pada 9 April 2022 di sebuah rumah di Hertfordshire selepas kedua-dua mangsa dikatakan dalam keadaan mabuk.

Kejadian tersebut berlaku pada 2022.
Alford turut didakwa memberikan sebotol vodka yang dibeli di stesen minyak kepada mangsa dengan niat jahat untuk mengambil kesempatan ke atas mereka.
“Mangsa pertama mendakwa tertuduh melakukan hubungan seks dengannya di taman sebelum menyambung perbuatan itu di tandas,” jelas laporan berkenaan.
Mangsa bagaimanapun menegaskan dia beberapa kali meminta Alford menghentikan perbuatan tersebut kerana tidak menyukai lelaki tua, tidak diendahkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift dah bertunang, terima cincin lamaran rekaan Travis Kelce sendiri
ARTIKEL BERKAITAN: Yoo Jae Suk bayar cukai lebih tinggi daripada selebriti lain, tak pernah buat tuntutan meragukan
Seorang lagi remaja pula mendakwa Alford secara tiba-tiba mencium mulutnya tanpa kebenaran.
Bagaimanapun, Alford menafikan semua tuduhan itu malah mendakwa kedua-dua mangsa mereka cerita untuk mengugutnya dengan meminta sejumlah wang.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


