suria

Dalam proses bercerai, penyanyi dakwa suami ugut bunuh... Minta berurusan dengan ‘penjaga’

Suami Chikita memberi kata-kata amaran yang dianggap mengancam nyawa.

TATKALA rumah tangganya sedang bergolak, penyanyi Indonesia, Chikita Meidy membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa diugut bunuh oleh suaminya.

Menurut Chikita, 33, dia tidak gentar dengan ugutan itu, sebaliknya mencabar suaminya Indra Adhitya hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.

“Dia kata lebih baik kalau barang yang hilang. Tapi kalau sudah melibatkan nyawa, kamu akan berurusan dengan penjagaku.

Chikita bimbang anaknya akan terkesan akibat kes perceraian dengan suami. 

“Kalau benar berani, hadir saja ke pengadilan. Saya tidak takut,” katanya pada Selasa.

Chikita kemudian menjelaskan perkataan ‘penjaga’ yang dimaksudkan merujuk kepada peguam peribadi suaminya.

Chikita turut menyindir ketidakhadiran suami dan peguamnya dalam prosiding sebelum ini, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai kesungguhan mereka untuk menyelesaikan isu rumah tangga secara sah di sisi undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi wanita meninggal dunia, ditemukan kaku tidak bernyawa 

ARTIKEL BERKAITAN: Genap dua tahun kahwin, pemain bola failkan cerai terhadap isteri... Kantoi nama dipanggil ketika perbicaraan mahkamah

Meskipun berdepan tekanan emosi, Chikita menegaskan apa yang diharapkannya hanyalah permintaan maaf daripada suaminya demi masa depan anak mereka, Javier. 

Sebagai seorang ibu, Chikita berkata dia mahu memastikan anaknya membesar dalam keadaan tenang tanpa dibebani konflik orang dewasa.

Untuk rekod, Chikita dan Indra mendirikan rumah tangga pada 8 Julai 2018. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain