suria

Netizen ‘sekolahkan’ Hyuna, beri ingatan larangan merokok di Paris

Jun Hyung (kanan) dilihat merokok di kawasan awam.

PASANGAN selebriti Korea, Hyuna dan Yong Jun Hyung mencetuskan kontroversi selepas memuat naik foto percutian mereka di Paris, Perancis memaparkan aksi merokok di tempat awam. 

Hasrat Hyuna untuk berkongsi momen bahagia bersama suami sedang menikmati keindahan kota Paris sebaliknya hanya mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen. 

Tindakan Jun Hyung itu dilihat seperti tidak peka dengan undang-undang yang telahd ditetapkan kerajaan negara berkenaan.

Netizen kecewa dengan tindakan suami Hyuna.

Dalam pada itu, netizen turut mengingatkan bahawa pada 29 Julai lalu kerajaan Perancis memaklumkan larangan merokok dalam jarak 10 meter dari tempat awam termasuk perhentian bas, taman, kawasan pantai, perpustakaan, kolam renang dan sekolah. 

Lebih teruk lagi, pasangan selebriti ini dikatakan seolah-olah bangga menunjukkan aksi seperti dengan berkongsi foto secara terbuka.

"Merokok di kawasan umum di Paris adalah tidak dibenarkan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat dakwa Hyuna hamil anak pertama, bagi ‘hint’ kongsi foto pegang perut dan wafel kasut bayi

ARTIKEL BERKAITAN: Tayang beg berjenama, netizen puji layanan Yong Jun Hyung terhadap Hyuna

"“Kenapa merokok di tengah jalan dan sengaja post gambar tu? Tak sensitif langsung," tulis netizen. 

Untuk rekod, Hyuna berkahwin dengan penyanyi Yong Jun Hyung pada Oktober 2024 selepas hampir setahun bercinta. 

Pun begitu perkahwinan mereka tidak direstui peminat kerana Jun Hyung pernah dikaitkan dengan kes jenayah seksual membabitkan ramai selebriti lelaki iaitu ‘Burning Sun’.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain