suria

Pinkan Mambo sewa rumah RM800 sehari, Atta Halilintar jadi inspirasi

Pinkan (kiri) menjadikan Atta sebagai sumber inspirasi.

PENYANYI Pinkan Mambo mendedahkan dia menyewa sebuah kediaman mewah dengan kadar sewa harian sekitar RM800.

Memetik laporan Kompas, Pinkan memberitahu langkah berani itu diambil selepas mendapat inspirasi daripada usahawah dan YouTuber Atta Halilintar. 

Kata Pinkan, kejayaan Atta dalam dunia bisnes membuka matanya untuk membuat pelaburan hartanah sebagai strategi perniagaan. 

Pinkan mengusahakan perniagaan makanan di rumah sewa.

"Salah satu sebab saya ada rumah besar sekarang adalah kerana terinspirasi daripada Atta. Saya sangat kagum bila mendapat tahu Atta menyewa rumah di Pondok Indah, Jakarta semata-mata dijadikan tempat meletak kenderaan. Itu betul-betul jiwa usahawan," katanya. 

Dalam pada itu, Pinkan memberitahu tujuan dia menyewa kediaman mewah itu bukan sekadar mahu mengubah gaya hidup tetapi merupakan langkah positif yang diambil  dengan harapan bakal membawa pulangan yang baik di masa hadapan. 

"Saya percaya kepada perkara positif, walaupun sekarang saya menyewa dulu dan berkorban, tetapi saya pasti dapat hasilnya pada masa akan datang," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pinkan Mambo mudah merajuk tapi senang pujuk, suami lembutkan hati dengan ciuman

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin dia salah faham…” - Nama Pinkan Mambo terjejas selepas anak dakwa terima gangguan seksual bapa tiri

Sebelum ini, menerusi program Rumpi TransTV, Pinkan mengakui harga sebenar rumah sewa miliknya berjumlah 4 juta Rupiah Indonesia (RM1,000) sehari. 

Namun, penyanyi berkenaan mendapat diskaun dan hanya perlu membayar 2.5 juta Rupiah Indonesia bersamaan RM800.

Pun begitu, kediaman tersebut bukan disewa untuk kegunaan peribadi, sebaliknya dijadikan pusat operasi perniagaan makanan seperti donat, pisang goreng dan katering. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain