suria

Baru lima tahun dah berpecah, kontrak tamat punca Vanner bawa haluan solo

Vanner kini teruskan kerjaya nyanyian secara solo.

KUMPULAN Vanner terpaksa mengumumkan khabar duka apabila terpaksa membawa haluan masing-masing secara solo dalam karier seni. 

Keputusan tersebut dibuat selepas kontrak bersama pihak pengurusan KLAP Entertainment tamat pada hujung Mei lalu. 

Berita tersebut disampaikan sendiri oleh ketua kumpulan iaitu Taehwan yang turut bersedih dengan perpecahan tersebut. 

"Sebelum kontrak tamat, kami berlima telah berbincang tentang masa depan Vanner. Disebabkan pelbagai keadaan, kami tidak dapat bersatu sepenuhnya. 

Vanner akan terus mengyokong perkembangan kerjaya setiap anngota. 

"Moga suatu hari nanti kami dapat berkumpul semula. Buat masa sekarang kami akan saling menyokong dalam cabaran baharu kami," katanya. 

Tambah Taehwan keputusan untuk berpisah bukanlah satu perkara yang mudah. 

Malah mereka juga sedar telah mengecewakan peminat yang selama ini banyak memberi sokongan sejak awal kemunculan pada tahun 2019. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dihantar untuk kawal lalu lintas, 5 polis disiasat gara-gara ‘curi tulang’ tonton konsert Psy 

ARTIKEL BERKAITAN: Gelap wang syarikat RM13 juta, Hwang Jung Eum berdepan hukuman penjara tiga tahun

"Sukar untuk mencari kata-kata yang dapat membuatkan peminat rasa tenang. Kami sedar bahawa perkara ini mungkin mengecewakan peminat, sebab itu mengambil masa yang lama untuk pertimbangkan," jelasnya. 

Selain Taehwan, kumpulan ini turut dianggotai oleh Gon, Hyesung, Sungkook dan Yeonggwang. 

Mereka dikenali menerusi lagu-lagu seperti Jackpot, Be My Love dan Circuit. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia