LIMA anggota polis di Busan, Korea Selatan berdepan siasatan dalaman selepas mereka didakwa menghadiri konsert penyanyi Psy tanpa kebenaran.
Menurut Agensi Polis Metropolitan Busan, kesemua anggota terbabit dipercayai menghadiri konsert 'Summer Swag 2025' pada 15 hingga 16 Ogos lalu.
Pada dua tarikh itu, mereka sepatutnya bertugas mengawal lalu lintas di kawasan berkenaan.

Psy kini sedang melakukan jelajah konsertnya di Korea.
Insiden itu terbongkar apabila petugas konsert menyedari tingkah laku mencurigakan anggota tersebut dan meminta mereka mengemukakan tiket.
Bagaimanapun, mereka gagal menunjukkan gelang tangan khas yang diberikan kepada semua pengunjung.
Polis Busan akan memutuskan sama ada tindakan disiplin perlu diambil selepas siasatan dalaman selesai.
ARTIKEL BERKAITAN: Kerja ubah suai tak dapat kebenaran, kediaman mewah Psy disita pihak berkuasa
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tegur makin kurus... PSY sedih baca komen peminat, terus tak berhenti makan
Sumber polis bagaimanapun mendakwa anggota terbabit hanya menonton persembahan seketika ketika singgah ke tandas semasa bertugas.
Untuk rekod, Summer Swag 2025 merupakan siri konsert ikonik penyanyi lagu Gangnam Stye yang bermula pada Jun di Incheon dan diteruskan ke Uijeongbu, Daejeon, Gwacheon, Sokcho, Suwon, Daegu, Busan dan Gwangju.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


