PENYANYI rap Lil Nas X ditahan pihak berkuasa selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan anggota polis di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Menurut laporan BBC, jurucakap Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 5.30 pagi waktu tempatan mengenai seorang lelaki berjalan di jalan raya hanya memakai seluar dalam.
Setibanya polis di lokasi kejadian, Lil Nas X didakwa meluru ke arah pihak berkuasa sebelum ditahan atas kesalahan melakukan serangan.

Tindakan Lil Nas X berseluar dalam menarik perhatian ramai. Kredit foto: TMZ
Penyanyi itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan kerana dipercayai di bawah pengaruh dadah.
Sehingga kini, pihak pengurusan Lil Nas X masih belum memberi sebarang kenyataan rasmi berhubung tahanan melibatkan penyanyi berkenaan.
Sebelum ini, terdapat sebuah rakaman video memaparkan Lil Nas X kelihatan kebingungan apabila berjalan tanpa arah tujuan sambil menunjuk ke arah kamera dan menyebut mahu pergi ke sebuah parti.
ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber buat hal lagi, selamba berjalan pakai seluar dalam warna putih
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen naik menyampah artis K-Pop pakai seluar pendek nampak punggung
Tidak hanya itu, Lil Nas X juga dilihat meletakkan kon keselamatan jalan raya di atas kepalanya.
Beberapa saksi kejadian yang melihat gelagat luar biasa penyanyi itu segera menghubuungi pihak berkuasa.
Menurut sumber, beberapa laporan telah diterima oleh LAPD mengenai seorang lelaki berbogel yang berkeliaran di kawasan Ventura Boulevard.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


