suria

Yoo Jae Suk dedah personaliti Kim Jong Kook berubah selepas umum bakal berkahwin

Jae Suk lihat Jong Kook sudah semakin lemah lembut berbanding dahulu.

PENGACARA Yoo Jae Suk berkongsi tentang perubahan personaliti rakan artisnya iaitu Kim Jong Kook yang dilihat semakin lemah lembut menjelang hari perkahwinannya.

Jae Suk, 53, mengakui Jong Kook, 49, kini sudah tidak lagi garang dan mudah tersenyum, terutama apabila tarikh perkahwinannya semakin hampir.

Jae Suk ketika bercerita mengenai perubahan Jong Kook.

“Sekarang ini, Jong Kook dah macam lelaki pertengahan umur. Dulu dia garang dan serius sangat, tapi sekarang dah lembut dan mudah ketawa,” katanya.

Jae Suk berkongsi perkara itu menerusi episod terbaharu program Whenever Possible yang menampilkan Cha Tae Hyun dan Jang Hyuk sebagai tetamu khas. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama peminat menanti, Kim Jong Kook akhirnya umum bakal kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Miliki kekayaan RM304 juta, Kim Jong Kook dedah masih pakai seluar dalam berlubang

Cha Tae Hyun tidak ketinggalan memuji ketahanan kerjaya Kim Jong Kook yang masih relevan selama 30 tahun. 

Sebelum ini, Jong Kook mengumumkan perkahwinannya pada 18 Ogos lalu melalui surat tulisan tangan di laman rasmi peminatnya. 

Penyanyi itu dijangka mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup bersama wanita bukan selebriti pada 5 September ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain