suria

Dua minggu ibu meninggal dunia, Brad Pitt kembali fokus kerjaya

Brad Pitt kembali bekerja selepas dua minggu berkabung.

BAHARU dua minggu kehilangan ibu tersayang, pelakon Hollywood terkenal Brad Pitt kembali menjalani rutin kerjayanya seperti biasa.

Brad atau William Bradley Pitt, 61, dilihat berada di lokasi penggambaran sekuel Once Upon a Time… in Hollywood di Los Angeles pada Selasa lalu.

Brad Pitt mula bekerja selepas tempoh berkabung tamat

Menurut sumber, meskipun masih dalam keadaan berkabung namun Pitt tetap menunjukkan sikap profesional dalam melakukan tugasan diberikan sewaktu di set penggambaran.

Ibu Pitt, Jane Pitt meninggal dunia pada 5 Ogos lalu pada usia 84 tahun. Mendiang meninggalkan tiga anak iaitu Brad, Doug dan Julie serta 14 cucu yang amat menyayanginya.

ARTIKEL BERKAITAN: Brad Pitt mula menyesal, masih sayang Angelina Jolie... Cerai jejaskan hubungan dengan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Brad Pitt’ merayu bayar kos rawat buah pinggang, wanita ditipu RM4 juta

Sebelum ini, ketika menghadiri tayangan khas filem F1 pada Jun lalu, Pitt sempat menitipkan ucapan istimewa buat ibunya.

“Saya harus menyapa ibu kerana dia selalu menonton rancangan ini setiap pagi. Untuk Jane Pitt, love you Mom,” katanya dalam video yang ditayangkan menerusi program Today.

Artikel Lain