PENYANYI Perrie Edwards akhirnya bersuara mengenai hubungan cinta lama bersama bekas anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik yang berakhir dengan perpisahan.
Menerusi temu bual audio siar We Need To Talk, Perrie mendedahkan Zayn merupakan cinta pertamanya dan disebabkan itu dia menganggap hubungan toksik dalam percintaan adalah normal.
Namun selepas berpisah, Perrie mula sedar bahawa hubungan mereka itu sebenarnya tidak sihat, malah trauma yang ditinggalkan membuatkan dia mula takut untuk bercinta semula.

Zayn (kiri) dan Perrie pernah bertunang pada Ogos 2013.
"Awalnya saya fikir semua yang kami lalui itu biasa, sebab itu adalah hubungan cinta pertama saya. Saya sangka memang begitu dan mungkin patut rasa sedikit 'toksik' itu.
"Sampai satu tahap bila saya kembali hidup solo, saya rasa seperti tidak mahu bercinta lagi. Saya rasa sudah cukup, tak mampu nak melalui rasa sakit itu lagi," katanya.
Dalam pada itu, Perrie memberitahu pada mulanya dia menyangka mempunyai masa depan yang baik dengan Zayn memandangkan mereka dalam bidang hiburan, namun hubungan itu tidak berpanjangan selepas mendapat perhatian media.
ARTIKEL BERKAITAN: Guna aplikasi dating cari kekasih, Zayn Malik dituduh penipu cuba perdaya wanita
ARTIKEL BERKAITAN: Perasaan Zayn Malik hancur dapat berita kematian Liam Payne, terkilan tak dapat beri pelukan terakhir
"Waktu itu semuanya masih baru termasuk untuk One Direction. Bila jumpa dengan seseorang dalam industri yang sama (hiburan), rasa macam ada orang yang faham tentang kerja saya.
"Awalnya mudah tetapi makin lama makin mencabar. Tambah lagi apabila hubungan kami mula mendapat perhatian ramai," ujarnya.
Untuk rekod, Perrie dan Zayn mula menjalin hubungan cinta pada 2011 selepas masing-masing mula dikenali menerusi program realiti The X Factor UK.
Pasangan selebriti ini kemudiannya mengikat tali pertunangan pada Ogos 2013 namun hubungan mereka berakhir apabila putus tunang pada Ogos 2015.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


