suria

Leonardo DiCaprio tak mahu buang masa dalam perhubungan

Usia semakin meningkat mengubah cara Leonardo berfikir.

PELAKON Leonardo DiCaprio yang didakwa menjalin hubungan cinta dengan model Vittoria Ceretti memberitahu lebih menghargai masa dan bersikap jujur dalam perhubungan. 

Kata Leonardo, sewaktu menyambut ulang tahun kelahiran ke-50 pada November tahun lalu, dia mengakui bahawa usia yang semakin meningkat mengubah cara pandangannya terhadap kehidupan. 

"Saya rasa ingin hidup lebih jujur dan tidak mahu buang masa. Saya hanya mampu membayangkan bagaimana kehidupan saya di masa akan datang. 

Leonardo (kiri) didakwa sedang bercinta dengan seorang model.

"Saya melihat ibu sebagai contoh. Dia akan buat apa yang  diinginkan dan langsung tidak membazir masa. Ibu tidak pernah berpura-pura," katanya. 

Dalam pada itu, pelakon filem Once Upon a Time in Hollywood itu memberitahu dia kini lebih berhati-hati dalam memilih orang sekeliling dan tidak teragak-agak untuk menjauhkan diri daripada hubungan sia-sia.

"Saya mahu bersikap lebih terus terang walaupun berisiko menyebabkan hubungan itu musnah, sama ada peribadi atau kerjaya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Leonardo DiCaprio dipanggil pedofil, didakwa bercinta dengan model 19 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Kek hari jadi curi tumpuan, Sabrina Carpenter sindir Leonardo DiCaprio

"Ini adalah satu pilihan yang saya buat kerana tidak lagi mahu membuang masa. Kita perlu jujur dengan diri sendiri," ujarnya. 

Untuk rekod, Leonardo mula dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan Ceretti pada Ogos 2023.

Hubungan mereka mula menjadi perhatian ramai selepas dilihat menghadiri acara dan bercuti bersama.

Sejak itu, pasangan ini dilaporkan semakin rapat meskipun mereka tidak terbuka bercerita mengenai hubungan secara umum.  

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain