suria

Nia Ramadhani ambil ‘angin’ baharu, pindah Singapura demi pendidikan anak

Nia berpindah ke Singpura untuk pendidikan anak keduanya.

PELAKON asal Indonesia, Nia Ramadhani bersama keluarganya memilih bertukar angin untuk berpindah ke Singapura. 

Bukan sekadar mencari suasana baharu, Nia atau Prianti Nur Ramadhani Priya Ramadhani, 35, juga memberitahu penghijrahan tersebut adalah demi anaknya. 

Menurut Nia dan dan suami sama-sama setuju untuk menempatkan anaknya di salah sebuah sekolah di Singapura. 

Mainaka sudah memulakan persekolahan di hari pertama.

"Kita akan ke Singapura kerana Mainaka akan bersekolah di sana. Bismillah untuk yang terbaik," katanya. 

Dalam pada itu, Nia menegaskan bahawa kerjanya dalam bidang seni tetap akan diteruskan termasuk terbuka menerima tawaran kerja di Singapura. 

"Kerja tetap jalan seperti biasa. Kalau ada tawaran, mungkin juga di Singapura," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan masuk tahun ke-15, suami tak pernah curangi Nia Ramadhani

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bagi baca mesej peribadi setiap malam, Nia Ramadhani mahu jadi ibu ‘sporting’ 

Sebelum ini, berita perpindahan Nia mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen, lebih-lebih lagi tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh pelakon drama Bawang Merah Bawang Putih itu.

Netizen dapat menghidu penghijarahan aktres berkenaan apabila muncul sebuah video memaparkan perbualan antara Nia dan pengurusnya yang sempat bergurau tentang keinginan pelakon  itu menjadi warganegara Singapura. 

Pun begitu, perpindahan ini belum dapat dipastikan sama ada hanya bersifat sementara demi pendidikan anak-anak atau merupakan langkah awal untuk menetap lebih lama di luar negara.

Untuk rekod, Nia mendirikan rumah tangga bersama Anindra Ardiansyah Bakrie pada 2010.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Mikhayla, 13, Mainaka, 10, dan Magika yang kini berusia 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain