PELAKON asal Jepun, Masaharu Fukuyama tampil membuat pengakuan terbuka selepas dikaitkan dengan perjumpaan melibatkan beberapa pengacara wanita yang didakwa menyediakan hiburan berunsur seksual.
Fukuyama, 56, menerusi kenyataan di platform media sosial X (sebelum ini Twitter) mengakui kesilapan tersebut dan meluahkan rasa kesal kerana telah menimbulkan keresahan peminat.
“Saya amat menyesal. Selepas berbincang panjang dengan pihak pengurusan, saya memilih untuk tidak mengulas lebih awal kerana bimbang ia akan menimbulkan salah faham atau menjejaskan nama pihak lain.

Fukuyama mengakui silap sertai majlis tersebut.
“Namun bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi, saya memutuskan untuk memberi kenyataan dalam sebuah temu bual rasmi. Saya benar-benar berasa bersalah kerana telah menimbulkan kebimbangan dan kegusaran kepada peminat,” katanya.
Kontroversi itu tercetus selepas majalah mingguan Josei Seven pada 18 Ogos lalu melaporkan nama Fukuyama disebut dalam siasatan dalaman stesen televisyen Fuji TV berhubung skandal serangan seksual membabitkan Masahiro Nakai.
Hasil siasatan mendapati pelakon filem Like Father, Like Son itu dilaporkan kerap menghadiri majlis bersama bekas pengarah eksekutif Fuji TV, Ryo Ota sejak tahun 2005.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami sering minta seks waktu pagi, pelakon dan pengacara doa supaya mati pucuk
ARTIKEL BERKAITAN: Sudah 25 tahun putus cinta, kisah seks Ben Affleck dan Gwyneth Paltrow terbongkar
Malah, sekurang-kurangnya 19 pengacara wanita pernah menghadiri perjumpaan tersebut.
Antara bukti yang diperoleh termasuk mesej Fukuyama kepada Ota yang menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan pengacara baharu selain menantikan acara berkenaan.
Beberapa pengacara wanita juga mengaku aktor itu sering bergurau dengan jenaka berbaur seksual dan disambut oleh Ota.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


