suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dilabel ‘bad boy’, Fazziq Muqris anggap berjaya hidupkan watak nakal

PELAKON Fazziq Muqris terbuka sekiranya ada pihak memandang serong terhadap dirinya selepas membawa watak lelaki nakal atau ‘bad boy’ dalam filem Kata Hati.

Menurut Fazziq, 26, dia menganggap persepsi tersebut sebagai satu pencapaian kerana berjaya menghidupkan karakter diberikan dengan baik sehingga meninggalkan kesan kepada penonton.

“Kalau orang label Fazizq sebagai bad boy dekat luar pun Faziq rasa itu salah satu achievement juga.

“Bila orang cakap Faziq ni memang bad boy macam dalam cerita, bagi Faziq itu benda positif sebab orang menerima karakter yang saya bawakan,” katanya kepada mStar.

Fazziq bagaimanapun menegaskan, personaliti sebenarnya adalah sangat berbeza dengan watak yang pernah dilakonkan.

Katanya lagi, ramai yang terkejut selepas mengenalinya kerana menyangka dia seorang yang sombong disebabkan riak wajah serius dimiliki.

“Tapi to be honest, Fazziq bukan macam itu, kalau orang tegur, Faziq akan layan dan borak macam biasa, ramai juga yang bila jumpa cakap mereka ingat Faziq sombong sebab air muka Fazziq nampak garang.

“Tapi sebenarnya Faziq seorang yang suka berborak dan berkawan dengan semua orang,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, filem Kata Hati lakonan Fazziq akan mulai ditayangkan di seluruh pawagam pada 4 Jun ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi