suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Scha Alyahya setuju pandangan Yusuf Bahrin, industri seni Malaysia tak macam Hollywood... “Orang tak nampak struggle”

PELAKON Scha Alyahya bersetuju dengan pandangan aktor Yusuf Bahrin yang menyifatkan realiti bidang seni jauh lebih mencabar berbanding persepsi umum mengenai kerjaya itu.

Menurut Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 43, masyarakat sering melihat kehidupan selebriti sebagai sesuatu yang glamor tanpa mengetahui tuntutan sebenar yang perlu dilalui untuk terus kekal relevan dalam industri.

Katanya, pelakon pada masa kini bukan sahaja perlu memberi komitmen terhadap lakonan, malah turut memainkan peranan dalam aspek promosi, pemasaran dan pembinaan jenama diri.

“Apa yang Yusuf cakap itu memang saya setuju 100 peratus kerana industri kita kecil. Kalau kita tengok Hollywood, mereka berlakon satu filem dalam masa setahun kemudian tak perlu buat apa dah.

“Tetapi di sini, kita kena berlakon, buat promosi, buat posting dan juga pemasaran. Itulah yang orang kadang-kadang tak nampak.

“Ada yang kata, ‘Alah artis, siapa suruh jadi artis’. Kita faham pandangan itu, tetapi setiap orang ada cabaran masing-masing dan bukanlah untuk memperlekehkan rezeki atau kesusahan orang lain,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Yusuf tampil berkongsi realiti sebenar yang dihadapi anak seni selepas ramai yang menganggap kerjaya lakonan penuh glamor, namun realitinya bidang itu jauh lebih mencabar berbanding persepsi umum.

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Scha berjudul 5 Bomoh yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam bermula 4 Jun ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi