suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nora Danish dah tak mencari cinta, lebih bahagia main pickleball... “Mungkin jumpa jodoh di court”

PELAKON Nora Danish tidak lagi memberi tumpuan untuk mencari pasangan hidup selepas aktif dalam sukan pickleball yang kini menjadi rutin hariannya.

Kata Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 44, dia kini lebih selesa memberi fokus kepada diri sendiri, kesihatan dan aktiviti yang memberi ketenangan dalam hidupnya berbanding memikirkan soal percintaan.

Malah aktres itu tidak menolak kemungkinan bertemu jodoh sekiranya dipertemukan dengan seseorang ketika bermain sukan berkenaan.

"Fasa saya sekarang Alhamdulillah, saya sudah tidak lagi fokus pada percintaan.

"Sebenarnya saya pun terkejut sebab saya seorang yang fikir kena ada pasangan, tapi Alhamdulillah sejak saya menceburi sukan pickleball saya tak fokus sangat fasal percintaan ni.

"Kalau ada jodoh ada, mungkin bertemu jodoh di gelanggang pickleball, kita tak tahu," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Nora yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan perunding kewangan, Mickey Ayo, menjelaskan hubungan mereka tidak berkembang ke fasa yang lebih serius kerana wujud perbezaan daripada segi persefahaman.

Tambah Nora, hubungan mereka kini hanya sebagai rakan baik tanpa sebarang komitmen ke arah percintaan atau perkahwinan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi