suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shiera tak nak susahkan cikgu, terima keputusan Auddra mahu berhenti sekolah... “Anak saya ni lain”

PENYAMPAI radio dan pengacara, Sharifah Shahira mengakui anaknya iaitu Auddra Zulkifli, memilih untuk tidak lagi bersekolah dan beralih kepada pembelajaran di rumah atau home school.

Menurut Shahira atau lebih mesra disapa Shiera, 52, keputusan tersebut bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya selepas mengambil kira minat serta kecenderungan anaknya yang lebih cenderung kepada bidang hiburan sejak kecil.

Walaupun Auddra kurang menyerlah dalam bidang akademik, Shiera berkata anaknya itu sangat aktif dan menonjol apabila melibatkan aktiviti persembahan, muzik serta acara sekolah.

“Oddah (panggilan Auddra) memang sudah berhenti sekolah. Dia ni memang sangat minat hiburan. Dari umur lima tahun pun cikgu selalu cakap dia jenis banyak tidur di kelas.

“Bila saya tanya dia, dia kata penat… dia pada waktu malam memang suka berjaga dari kecil. Dia memang suka sekolah yang warna-warni.

“Dia tak boleh sangat bab akademik, tapi bila bab persembahan dia memang lain macam. Memang aktif betul. Banyak juga dia wakil sekolah untuk aktiviti macam tu,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Auddra sendiri mendedahkan menerusi sesi siaran langsung di TikTok dia sudah berhenti sekolah dan kini mengikuti pembelajaran secara homeschool, malah sedang membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam masa sama, Auddra turut berkongsi hasratnya untuk bekerja pada usia muda sebagai usaha membalas jasa kedua ibu bapanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi