suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Karl Cromok mahu digitalisasi industri muzik, AI alat bantu kreativiti

GITARIS kumpulan Cromok, Karl kekal dengan pendiriannya menyuarakan pandangan peribadi mengenai perkembangan teknologi khususnya penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam industri muzik.

Kata Karl atau Khairul Anuar Shariff, 60, teknologi bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti, sebaliknya ia harus dimanfaatkan dengan cara yang betul oleh penggiat seni masa kini.

“Sebab itu saya dan Cromok ada misi nak mendigitalkan muzik industri. Kami mahu menguar-uarkan kepada orang ramai bahawa kalau faham teknologi, banyak manfaatnya.

“Malah, kita juga boleh lihat macam mana AI boleh digunakan untuk bantu hasilkan muzik dan mempercepatkan proses kerja kreatif.

“Tetapi janganlah selepas guna AI, kita cakap lagu itu dibuat sepenuhnya oleh AI. Itu tak betul,” katanya kepada mStar.

Menurutnya lagi, AI seharusnya dianggap sebagai alat bantuan atau pemudah cara dalam proses penciptaan muzik, bukannya menggantikan sepenuhnya kreativiti manusia.

“AI hanya alat untuk mempercepatkan kerja dan mencari idea baharu. Pada akhirnya, ia tetap kembali kepada diri sendiri untuk menentukan produk akhir,” jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi