suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Imran Aqil pernah terfikir tinggalkan dunia seni, penyakit kulit kronik jejaskan keyakinan

SELEPAS disahkan menghidap masalah kulit kronik dikenali sebagai rosacea, pelakon Imran Aqil mengakui pernah terdetik untuk meninggalkan dunia seni kerana tidak mampu berdepan tekanan emosi.

Imran atau Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 27, berkata, keadaan kulit wajah yang sering mengalami kemerahan dan mengelupas membuatkan dia berasa malu serta hilang keyakinan diri, terutama ketika berada di lokasi penggambaran.

Bagaimanapun, pelakon tersebut memilih untuk terus kuat dan melihat ujian itu sebagai satu bentuk kesedaran yang boleh dikongsi kepada masyarakat mengenai penyakit kulit yang masih kurang diketahui ramai.

"Sejujurnya, memang pernah terfikir nak berhenti daripada industri sebab rasa segan dengan keadaan diri sendiri. Tetapi Alhamdulillah, isteri banyak membantu saya terutama dalam menjaga rutin penjagaan kulit wajah.

"Memang ada rasa tertekan dan sedih apabila mendapat tahu saya menghidap rosacea.

"Bila orang tegur tentang keadaan muka, saya rasa malu. Namun saya memilih untuk terbuka kerana ini juga satu pengetahuan baharu yang boleh dikongsi dengan orang ramai," katanya kepada mStar.

Mengulas sama ada penyakit itu menjejaskan perjalanan karier seninya, Imran mengakui rosacea memberi impak besar terhadap keyakinannya sebagai seorang pelakon.

Katanya, terdapat situasi tertentu yang boleh mencetuskan simptom rosacea sehingga menyebabkan kulit wajahnya menjadi lebih sensitif dan mengelupas ketika bekerja.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi