suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes pendaki hilang, Riezman Khuzaimi nasihat jangan pentingkan diri... Cerita pengalaman tak jumpa jalan keluar

SEJAK kebelakangan ini isu pendaki hilang mahupun sesat ketika melakukan aktiviti pendakian di gunung dan kawasan hutan semakin kerap diperkatakan, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Pelakon Riezman Khuzaimi menyifatkan isu keselamatan perlu diberikan perhatian serius terutamanya membabitkan sikap sesetengah pendaki yang terlalu mengikut kehendak sendiri tanpa mematuhi arahan malim gunung atau jurupandu arah.

Menurut Riezman, 56, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana setiap pendakian perlu berpandukan disiplin serta keputusan bersama demi keselamatan semua pihak dalam kumpulan.

“Kebanyakkan pendaki-pendaki kita ikut kehendak sendiri, jadi sekarang ini malim gunung pula dipersalahkan.

“Contoh seperti yang baru-baru ini, bila seorang pendaki dah cedera kemudian malim gunung pergi cari bantuan, sepatutnya satu kumpulan tersebut perlu batalkan pendakian mereka untuk ke puncak.

“Bila jadi macam ini, bukan salah malim gunung sebaliknya pendaki itu kena ada sifat... jika seorang tak ke puncak, maka semua pun sama (batal pendakian),” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Riezman turut berkongsi pengalaman peribadinya apabila pernah tersesat ketika mendaki dan didakwa ‘disorok bunian’ seperti yang sering diperkatakan di media sosial apabila seseorang pendaki hilang.

Malah Riezman turut memberitahu, kejadian menimpa abang iparnya yang meninggal dunia akibat terjatuh ketika mendaki di Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia tahun lalu membuatkan dirinya trauma dan sehingga kini masih fobia untuk mendaki mana-mana bukit dan gunung.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi