suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KJ dah jadi pelakon filem, mengaku susah hafal skrip… Tidak setuju dakwaan industri seni tak sumbang kepada ekonomi negara

BEKAS Menteri Kesihatan yang kini merupakan pelakon iaitu Khairy Jamaluddin mendedahkan dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem keduanya.

Khairy atau Khairy Jamaluddin Abu Bakar, 50, berkata dia berpuas hati dengan pengalamannya menceburi bidang lakonan kerana kali ini dia mendapat lebih banyak ‘screen time’ berbanding filem pertamanya berjudul 5 Bomoh.

“Saya baru sahaja selesai rakaman filem kedua lakonan saya, tapi filem tersebut screen time saya lebih banyak daripada filem 5 Bomoh.

“Genre saya tak boleh beritahu lagi tapi dijangka akan ditayangkan pada awal tahun depan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Khairy turut menegaskan dia tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak yang menyifatkan industri seni tidak memberi sumbangan kepada ekonomi negara.

“Itu tak betul langsung, sebab ekonomi bidang kreatif ini beri sumbangan besar kepada ekonomi negara kita.

“Bagi saya industri kreatif ini adalah satu industri yang sangat berbaloi kalau nak minta kerajaan sokong dan melabur dalam industri ini.

“Sebab ia bukan sahaja menjana ekonomi dalam negara, malah kalau dah popular di peringkat antarabangsa seperti drama Korea, mereka menjana pendapatan besar,” jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi