KEPUTUSAN kontroversi seorang hakim untuk tidak memerintahkan hukuman penjara terhadap tiga remaja lelaki yang didapati bersalah merogol dengan ancaman pisau serta melakukan beberapa siri jenayah seksual serius mencetuskan gelombang kemarahan luar biasa di seluruh negara.Hakim Nicholas Rowland sebaliknya memilih untuk hanya mengenakan perintah pemulihan remaja, iaitu bentuk hukuman komuniti yang dikhaskan untuk kanak-kanak terhadap ketiga-tiga tertuduh. Keputusan yang dianggap terlalu ringan itu mengundang kritikan hebat dan kecaman meluas daripada media Britain serta barisan ahli politik negara berkenaan.Malah kes ini turut mencetuskan petisyen dan kempen dalam talian yang menuntut hakim tersebut disingkirkan, dengan lebih 200,000 tandatangan dikumpulkan.Untuk rekod, kes ini melibatkan dua serangan berasingan yang berlaku dalam jarak dua bulan.Ketiga-tiga tertuduh berusia 13 dan 14 tahun ketika kejadian, manakala mangsa ialah dua remaja perempuan berusia 14 dan 15 tahun.Dalam salah satu kejadian, seorang mangsa dipisahkan daripada rakannya sebelum diugut dengan pisau, dibawa ke lokasi terpencil dan diserang.ARTIKEL BERKAITAN: Penolong pengetua sekolah antarabangsa disyaki rogol murid, simpan bahan lucah dalam telefon bimbitDalam kes berasingan, mangsa turut dirogol selepas bertemu salah seorang tertuduh.Lebih teruk, video serangan turut dirakam dan dikongsi dalam talian.Mahkamah mendapati semua tertuduh bersalah atas beberapa pertuduhan rogol.Dua daripada mereka dikenakan perintah pemulihan remaja selama tiga tahun, manakala seorang lagi selama 18 bulan.Hukuman itu bermaksud mereka tidak dipenjarakan tetapi akan tinggal di rumah di bawah pengawasan perkhidmatan keadilan remaja.Peguam dan ahli politik berpendapat hukuman itu menghantar mesej yang salah kepada mangsa dan masyarakat.Kes ini turut menimbulkan kebimbangan kerana dikhuatiri akan menghalang mangsa keganasan seksual lain daripada tampil membuat laporan. -Agensi