suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Geng ‘off road’ dikecam ceroboh Tapak Warisan Dunia UNESCO... Selamba pandu 4x4 masuk sungai, siap terbang dron!

Foto kumpulan itu yang dirakam di dalam kawasan Thungyai Naresuan Wildlife Sanctuary. -Foto Facebook

SEKUMPULAN penggemar aktiviti off-road dikecam selepas tular foto mereka yang sedang melakukan aktiviti di sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Selain memasuki kawasan semula jadi, kenderaan lasak kumpulan itu turut diparkir di dalam air sehingga menimbulkan kemarahan warga maya.

Rentetan daripada foto-foto yang mula tular di platform Facebook pada Khamis, aktiviti tidak bertanggungjawab itu didakwa berisiko tinggi merosakkan ekosistem alam.

Malah ia dipercayai melanggar undang-undang ketat yang mengawal kawasan perlindungan hidupan liar.

Turut dibangkitkan ialah penggunaan dron yang kelihatan di dalam kawasan perlindungan tersebut.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di dalam kawasan Thungyai Naresuan Wildlife Sanctuary, yang meliputi sebahagian wilayah Kanchanaburi utara dan Tak selatan di Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lelaki pandu pacuan empat roda ditembak mati di Klang

Thungyai Naresuan merupakan antara kawasan pemuliharaan paling dilindungi di Thailand dan dikawal di bawah Akta Pemuliharaan dan Perlindungan Hidupan Liar.

Tidak seperti taman negara, kebenaran untuk memasuki kawasan perlindungan hidupan liar biasanya terhad kepada aktiviti yang jelas seperti penyelidikan, kerja pemuliharaan, kajian alam semula jadi yang diluluskan, atau penggambaran dokumentari.

Kritikan tertumpu pada imej yang menunjukkan kenderaan diparkir di dalam air, yang didakwa boleh merosakkan dasar sungai dan habitat akuatik. 

Netizen Thailand menyeru pihak berkuasa supaya menyiasat dan mengambil tindakan bagi mengelakkan tingkah laku sama berulang pada masa hadapan. 

Pengkritik berpendapat kegagalan menguatkuasakan peraturan boleh menggalakkan orang lain melakukan aktiviti serupa di kawasan pemuliharaan yang dilindungi. -Agensi

Artikel Lain