suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Lelaki pandu pacuan empat roda ditembak mati di Klang

Mangsa ditemukan terbaring di dalam kenderaannya.

SEORANG lelaki yang menaiki pacuan empat roda ditembak mati di Taman Mesra Indah di Klang, Selangor pada Sabtu malam.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, kejadian itu dilaporkan kepada polis pada pukul 8.35 malam.

"Kami sedang menyiasat motif di sebalik kejadian itu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Susulan itu, beliau menggesa saksi atau sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu untuk tampil ke hadapan.

"Kami menggesa orang ramai untuk menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan Mohd Harman Mohd Haniff di talian 019-210 0334 atau menghubungi bilik gerakan polis Klang Selatan di talian 03-33762222.

Terdahulu, tular satu video lelaki terbaring [Tonton Video] di dalam kenderaan selepas dipercayai ditembak.

Menerusi rakaman sama kelihatan pasukan polis sedang melakukan siasatan di tempat kejadian. -The Star

Artikel Lain