suria

Hajiji Noor angkat sumpah Ketua Menteri Sabah untuk penggal kedua

Hajiji mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada pukul 3.05 pagi, Ahad. -Foto Bernama

 

PENGERUSI Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah untuk penggal kedua di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman.

Hajiji mengekalkan kerusi Sulaman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), telah mengangkat sumpah pada pukul 3.05 pagi, Ahad di Istana Seri Kinabalu selepas GRS membentuk kerajaan negeri gabungan bersama Upko, Pakatan Harapan dan lima calon Bebas.

Dalam Pilihan Raya Sabah ke-17 yang baru sahaja selesai, GRS memenangi 29 kerusi, Upko (dua), Pakatan Harapan (satu) dan lima calon Bebas dengan jumlah 37 kerusi untuk memperoleh majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 73 kerusi.

Warisan memenangi 25 kerusi tetapi tidak dapat mengumpul sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.

Parti lain yang memenangi kerusi ialah Barisan Nasional (enam), Sabah STAR (dua), Perikatan Nasional (satu) dan KDM (satu). -The Star

Artikel Lain