Seorang influenver didakwa kehilangan lebih 140,000 pengikut selepas imej wajah sebenarnya tanpa 'filter' terdedah ketika siaran langsung. -Foto Weibo
SEORANG pempengaruh media sosial menjadi perhatian ramai selepas dilaporkan kehilangan lebih 140,000 pengikut hanya dalam tempoh beberapa jam susulan satu insiden ketika sedang bersiaran langsung.Menurut laporan 8days, kejadian itu bukan berpunca daripada sebarang skandal atau kontroversi, sebaliknya didakwa berlaku selepas penapis kecantikan (filter) yang digunakan wanita berkenaan tiba-tiba gagal berfungsi dan mendedahkan wajah sebenarnya kepada penonton. Video tular tersebut menunjukkan seorang wanita berpakaian merah jambu sedang melakukan siaran langsung sambil berinteraksi dengan pengikutnya.Dalam siaran itu, dia dilihat berbual dengan seorang pengikut lelaki dan berulang kali memanggil individu tersebut dengan nada manja.Pada masa sama, wanita itu turut memberi bayangan bahawa dia sedang berdepan masalah kewangan.Taktiknya berjaya apabila pengikut lelaki berkenaan akhirnya menghantar hadiah maya bernilai 1,000 yuan (kira-kira RM590).Wanita itu dilihat begitu gembira dan berulang kali mengucapkan terima kasih kepada penyumbangnya dengan penuh semangat.Namun kegembiraannya tidak bertahan lama apabila filter yang digunakan secara tiba-tiba terganggu sebelum hilang sepenuhnya ketika siaran masih berlangsung.Perubahan itu menyebabkan ramai penonton terkejut apabila wajah wanita berkenaan kelihatan jauh berbeza dan kelihatan lebih berusia daripada imej yang dipaparkan sebelum ini.Influencer yang identitinya tidak didedahkan itu hanya menyedari masalah tersebut selepas dihujani komen daripada penonton.Dalam keadaan panik, dia masih cuba mengekalkan sikap ceria sebelum berkata: "Oh tidak, penapis kecantikan saya hilang!"Dia kemudian meminta penonton bersabar sementara cuba mengaktifkan semula penapis berkenaan.Bagaimanapun, pengikut lelaki yang sebelum itu menghantar hadiah maya dipercayai berubah fikiran dan meminta wangnya dipulangkan.Wanita itu bagaimanapun enggan berbuat demikian.Insiden tersebut terus menjadi bualan hangat di media sosial dan dilaporkan menyebabkan wanita berkenaan kehilangan lebih 140,000 pengikut selepas rakaman siaran langsung itu tular.Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada pengikut lelaki tersebut berjaya mendapatkan semula wang yang dihantarnya. -Agensi